Saturday 27 November 2010

doa...



hmmm..kalu lepas solat ttu waktu dok doa tu jgn la kita kedekut utk berdoa sesuatu yg baik kpd saudara2 kita kerna Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)

Wednesday 24 November 2010

5 perkara sebelum datangya 5 perkara

1-Sihat sebelum sakit
2-Muda sebelum tua
3-Kaya sebelum miskin
4-Lapang sebelum sempit
5-Hidup sebelum mati

kdg2 kita terlupa akan suma nie,leka dengan kehidupan harian....
"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal soleh"
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerana ia takkan
kembali...


Tuesday 16 November 2010

Salam Eid Adha

iri hati~

Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam 2 perkara iaitu seseorang yg telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( AlBukhori dan Muslim)